COVID-19 vaccination – Video – Proses-proses keselamatan/kelulusan (COVID-19 vaccine safety and approval process)
In this video, in Malay, Doctor Andrew provides information about the safety process that COVID-19 vaccines go through before being approved by the Therapeutic Goods Administration (TGA).
Hai, nama saya ialah Dr Andrew dan saya adalah doktor.
Saya akan menerangkan cara kita mendapat tahu bahawa
vaksin COVID-19 Australia adalah selamat dan berkesan.
Vaksin COVID-19 yang diluluskan untuk kegunaan di Australia
dapat dikembangkan dengan cepat pada taraf yang tinggi,
kerana penyelidikan dan ahli sains di seluruh dunia
bekerjasama, dengan tahap pendanaan yang lebih
tinggi dan akses kepada teknologi baru.
Australia mempunyai taraf keselamatan, keberkesanan
dan pengeluaran yang ketat untuk vaksin.
Vaksin COVID-19 Australia telah lulus ujian
Pentadbiran Barangan Terapi yang ketat, yang bermaksud
ia adalah selamat dan berkesan untuk mencegah orang
daripada menjadi sangat sakit dan bahkan mati.
Vaksin akan melindungi anda, keluarga anda dan komuniti.
Untuk maklumat lanjut tentang vaksin COVID-19, sila lawat
health.gov.au/covid19-vaccines atau menelefon
National Coronavirus Helpline pada 1800 020 080.
Untuk perkhidmatan jurubahasa dan penterjemahan sila
menelefon 131 450.